try another color:
try another fontsize: 60% 70% 80% 90%
STUDENTS in ONE

Pra-pendaftaran Latihan Praktik

Seperti yang telah diingatkan dalam taklimat pertama sebelum ini, semua pelajar yang akan menghadiri LP pada semester III perlu melaksanakan 2 pendaftaran matapelajaran seperti yang ditetapkan oleh universiti:

1. Pra-pendaftaran Semester I 08/09 (sedang berlangsung sekarang)
2. Pendaftaran Semester III 07/08 (akan diadakan pada 14 dan 15 April akan datang)

Pra-pendaftaran Semester I adalah penting untuk dilakukan sekarang kerana, tarikh pendaftaran sebenar adalah ketika pelajar sedang melaksanakan LP di organisasi. Tindakan saudara untuk melakukan pra-pendaftaran Semester I 08/09 adalah betul dan tidak ada sebarang kesalahan yang dilakukan.

Sementara itu, subjek Latihan Praktik, iaitu kod SCK3115, perlu didaftar pada hari pendaftaran Semester III 07/08 yang akan diadakan pada 14 dan 15 April 2008. Gagal berbuat demikian mengakibatkan Latihan Praktik saudara terbatal.